Wednesday 5 March 2014

LoVeToCooK 2.0: Resepi Sambal Tumis Tauhu/Takua

~~Resepi Sambal Tumis Tauhu/Takua~~

i.                    Bahan2 Utama

Ø  4 Biji Tauhu/Takua (Dibelah dua)
(Jumlah Tauhu/Takua terpulang kepada masing2, lumur dgn garam & kunyit & gorengkan sehingga kekuningan)… ketepikan..

ii.                  Bahan2 Dikisar

Ø  2 biji bawang besar
Ø  4 biji bawang putih
Ø  Sedikit air
(semua bahan dikisar)

iii.                Bahan2 Menumis

Ø  5 sudu besar minyak masak (guna minyak goreng Tauhu/Takua td)
Ø  Bahan2 dikisar
Ø  4 sudu besar cili kering/cili boh (boleh letak lebih kalau nak kuah lebih)

iv.                Bahan2 Pertengahan

Ø  1 mangkuk air
Ø  Garam & gula secukup rasa
Ø  2 sudu besar cuka
(Air, garam, gula dan cuka sampai secukup rasa masam, manis & masin)

Cara-Cara Memasak

Selepas Proses i dan ii.

Panaskan minyak dan masukan semua Bahan2 Dikisar dr proses ii dan 4 sudu besar cili kering/cili boh (boleh letak lebih kalau nak kuah lebih) sampai pecah minyak.

Kemudian masukan Bahan2 Pertengahan (air, garam, gula dan cuka sampai secukup rasa masam, manis & masin) dan Tauhu/Takua yang telah digoreng kacau rata & biarkan sebentar.

Boleh dihidangkan & selamat menjamu selera.


*simplekan…;))

*kalau nak extra kuah kena pandai bajet bahan2 la yer…




♥♥♥RSN♥♥♥


0 comments:

Post a Comment

Dah baca komen la sikit :)